Hajiji: Kompleks perindustrian tenaga diperbaharui RM1 bilion di Sabah

KOTA KINABALU: Pertumbuhan ekonomi Sabah dijangka terus berkembang menerusi pembinaan sebuah kompleks perindustrian tenaga diperbaharui Sabah Maju Jaya (SMJREIC) bernilai RM1 bilion.

Pembinaan kompleks itu akan dibina di kawasan seluas 1,171 hektar di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar.

Ketua Menteri, Datuk Seriย Hajiji Noorย berkata, kerajaan negeri akan memberi fokus kepada pembangunan tenaga boleh diperbaharui dan tenaga bersih yang akan memacu pertumbuhan ekonomi melalui sektor tenaga baharu dan industri hijau Sabah.

Pembangunan kompleks itu akan membantu mewujudkan persekitaran yang lebih baik melalui penggunaan sistem tenaga bersepadu dan fleksibel yang meningkatkan nisbah penjimatan tenaga, teknologi hijau serta peningkatan perlindungan kepada ekosistem dan biodiversiti.

Pembangunan SMJREIC itu dilaksana menerusi kerjasama Suria Capital Holdings Berhad dan syarikat swasta, Vandelay Ventures Sdn. Bhd.

โ€œSuria Capital Holding Berhad selaku syarikat awam berhad mempunyai reputasi tinggi di Sabah dan syarikat ini memainkan peranan besar dalam membantu memastikan projek berdaya maju ini dilaksanakan dengan jayanya.

โ€œKerajaan negeri mengalu-alukan peranan sektor swasta dalam memacu ekonomi negeri ini melalui sektor hartanah; industri minyak dan gas serta penanaman semula pokok dalam sektor perhutanan.

โ€œProjek pembangunan yang didorong oleh sektor swasta ini akan meningkatkan momentum ekonomi dalam industri di Sabah dengan merangsang aliran pelaburan; serta meningkatkan kepelbagaian dan peluang ekonomi yang lebih luas,โ€ katanya semasa Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Suria Capital Holding Berhad dan Vandelay Ventures Sdn Bhd hari ini.

Menurut beliau, kerajaan akan terus menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi dalam sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan bagi memaju ekonomi Sabah menerusi inisiatif Sabah Maju Jaya.

โ€œBulan lepas sahaja, kami menandatangani perjanjian untuk pelaburan baharu termasuk pembuatan kaca solar yang inovatif dan ladang herba berskala besar yang dijangka akan menjana pulangan yang baik dalam pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

โ€œSetakat Jun tahun lalu, Sabah memperoleh pelaburan asing bernilai RM4.4 bilion iaitu pelaburan ketiga terbesar di negara ini.

โ€œSaya juga mengingatkan bahawa kita akan terus menjadikan Sabah sebagai destinasi pelaburan alternatif yang menarik mesra pelabur, kita berada di landasan untuk melihat transformasi besar-besaran dalam perjalanan Hala Tuju SMJ,โ€ katanya. โ€“UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *