Polis lepaskan tembakan tahan wanita rempuh anggota

KOTA KINABALU: Cubaan seorang wanita melarikan diri dengan merempuh anggota polis menggunakan kenderaan curi yang dipandu berjaya digagalkan di hadapan lampu isyarat Tebobon, Jalan Sepanggar, Menggatal, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, wanita tempatan berusia 35 tahun itu berjaya ditahan selepas berlaku aksi kejar-mengejar sehingga anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar dan cermin penumpang belakang kenderaan yang dipandu suspek.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan George Abdul Rakman yang mengesahkan penahanan itu berkata, anggota bertugas terpaksa melepaskan beberapa das tembakan kerana suspek bertindak agresif ingin melarikan diri setelah beberapa kali cuba ditahan.

Insiden itu turut menyebabkan seorang anggota polis peronda mengalami luka ringan pada bahagian lengan kiri.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang pengadu pada 9.59 pagi memaklumkan kenderaan jenis Toyota Hilux miliknya yang hilang dikesan berada di tepi Jalan Tun Fuad, Pasar Filipina dan dipandu oleh seorang wanita tidak dikenali.

โ€œBertindak atas maklumat, dua anggota kereta peronda polis (MPV) berjaya mengesan kedudukan kenderaan terbabit di Tanjung Lipat dan menghampiri kenderaan terbabit.

โ€œAnggota polis peronda cuba mendekati kenderaan yang dipandu suspek dan mengarahkan suspek agar memberhentikan kenderaan dengan menujukkan isyarat tangan serta menggunakan pembesar suara.

โ€œNamun suspek tidak mengendahkan arahan itu dan terus memecut kenderaan dengan niat melarikan diri,โ€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

George berkata, anggota bertugas mengejar kenderaan suspek dan cuba menahan suspek sekali lagi berhampiran simpang masuk Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan meletakkan kon keselamatan.Ads by Kiosked

Walau bagaimanapun, suspek merempuh kon tersebut dan memecut laju kenderaan menuju ke Jalan Sepanggar. Apabila beradaa di hadapan lampu isyarat Tebobon, Menggatal, kenderaan suspek tersekat dalam kesesakan lalu lintas dan suspek cuba melarikan diri melalui lorong kecemasan di tepi jalan namun tidak berjaya.

โ€œTanpa melengahkan masa, dua anggota MPV turun daripada kenderaan dan mendekati kenderaan suspek dari arah belakang. Suspek yang menyedari kehadiran anggota polis bertindak mengundurkan kenderaan dengan laju.

โ€œSusulan itu, kedua-dua anggota terpaksa melepaskan beberapa das tembakan untuk memberhentikan kenderaan suspek dan anggota terpaksa memecahkan tingkap hadapan sebelah kiri bagi menahan suspek,โ€ katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh. Suspek mempunyai kesalahan lampau dan dipercayai berada dalam keadaan pengaruh dadah.- UTUSAN 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *