Hayati nilai kemerdekaan – Fairuz

KOTA BELUD : Generasi muda diseru untuk menghayati nilai kemerdekaan yang telah dikecapi negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan berkata, kemerdekaan hari ini adalah hasil pengorbanan pejuang dan pemimpin terdahulu.

“Penting untuk kita tanamkan semangat kemerdekaan dalam diri anak-anak muda dan antara usaha yang boleh dilakukan adalah dengan mengadakan pelbagai program-program kemerdekaan melibatkan golongan belia.

“Program seperti konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) 2022 ini bukan sahaja mengembalikan semangat kita sebagai rakyat Malaysia tetapi memperlihatkan kepada anak-anak muda bahawa program-program seumpama ini tidak hanya singgah di bandar-bandar besar, tetapi turut singgah di kawasan-kawasan kampung.

“DUN Pintasan juga mengadakan beberapa aktiviti antaranya penyerahan bendera kepada ketua-ketua kampung dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk dikibarkan di sekitar kawasan kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan persinggahan konvoi KMKM 2022 di DUN Pintasan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Konvoi KMKM 2022 Peringkat Daerah Putatan,  di sini hari ini.

Beliau yang diiringi Pemangku Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa turut menyempurnakan acara pelepasan konvoi berkenaan di Dewan Sri Putatan.

Penjelajahan Konvoi KMKM 2022 pada hari terakhir itu bergerak ke Pekan Tanjung Aru, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS) sebelum ke Salut Commercial Center dekat Sepanggar untuk majlis penangguhan. – Penerangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *