Trup Tentera Darat Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja laksana Op Murni bantu agih bantuan makanan di Kudat

KUDAT: Trup Tentera Darat Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja (3 RAMD) telah digerakkan untuk melaksanakan pengagihan bantuan makanan sekitar kawasan Matunggong dalam Op Murni.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan unit media Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia Kem Lok Kawi hari ini, keanggotaan pasukan berkekuatan seramai 2 seksyen yang diketuai oleh Leftenan Muhammad Anas Azmi telah digerakkan ke Kampung Tomboluran Ondou selepas menerima maklumat penduduk kampung yang telah terputus hubungan akibat jalan utama ke kampung tersebut yang dinaiki air.

“Penugasan secara kolaborasi bersama bantuan agensi awam ini turut disertai oleh
Pasukan Penyelamat APM di bawah inisiatif Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)
Daerah Kudat.

“Penggunaan bantuan 2 buah trak 3 ton bersama sebuah bot tempur milik
pasukan telah diaturgerak ke kawasan terjejas.

“Selain itu, pasukan turut juga membantu memberi bantuan agihan 40 bakul makanan
daripada Pejabat Daerah Kecil Matunggong untuk diagihkan kepada para penduduk di kawasan terbabit termasuklah Kampung Limpazou dan Pekan Sikuati,” jelas dalam kenyataan terbabit.

Selain itu, difahamkan satu seksyen juga telah ditempatkan di Pusat Pemindahan
Sementara (PPS) di Sekolah Tun Haji Datu Mustapha bagi membantu penugasan bersama agensi awam yang lain seperti APM, RELA dan KKM Daerah Kudat dalam usaha untuk mengagihkan bekalan makanan di pusat pemindahan tersebut.

“Dalam pada itu, ketiga-tiga PPS iaitu PPS SK Sikuati, PPS Sekolah Tun Haji Datu Mustapha dan PPS Resthouse Lama Karakit Banggi telah tutup pada jam 5 petang berikutan hujan mulai reda dan air semakin surut.

“Mangsa di PPS juga telah dihantar pulang ke kediaman masing-masing.

“Bantuan kepada agensi awam ini adalah selari dengan Perintah Ulung PTD ke-28
dalam Tonggak Kelima yang menekankan berkenaan peningkatan hubungan Tentera Darat dengan awam yang sentiasa bersedia membantu rakyat dalam apa jua situasi yang
memerlukan,” katanya.

Dalam kenyataan berbabit turut menjelaskan kesemua anggota dan kenderaan yang terlibat telah disanitasi setelah selesai penugasan.

Tamat

2 thoughts on “Trup Tentera Darat Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja laksana Op Murni bantu agih bantuan makanan di Kudat

  • 22/02/2021 at 8:02 PM
    Permalink

    I respect the reasoning in this post, but I would like to read more work on this from you in the future.

    Reply
    • 24/02/2021 at 5:45 PM
      Permalink

      thanks for your support

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *