Edar borang pemohonan vaksin dan sampaikan bakul makanan – Setiakawan Sabah

PAPAR: Persatuan Setiakawan Sabah yang diketuai oleh Dato Armizan Mohd Ali bersama-sama Srikandi, Armada, Bahagian BERSATU Papar dan Persatuan 4×4 Papar menjalankan program untuk menyampaikan bantuan barang asas dan mengedarkan borang pemohonan vaksinasi kepada penduduk Kg Bisuang Papar.

Bantuan barangan asas berupa bakul makanan, susu dan lampin untuk bayi dan kanak-kanak. Borang pemohanan vaksin juga diedarkan untuk membantu penduduk kampung yang tidak mempunyai akses atau belum mengisi pemohanan dalam aplikasi My Sejahtera. Borang permohonan Vaksinasi COVID-19 ini akan dipanjangkan kepada Pejabat Kesihatan Papar dan UPPM DUN Limbahau.

Kg Bisuang Papar merupakan kampung yang terletak jauh daripada pekan Papar dan memerlukan para rombongan untuk melalui sungai dan menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Program yang dianjurkan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban ekonomi dan memudahkan penduduk kampung dalam pendaftaran program Vaksinasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.