Tangkapan dibuat terhadap kes bakar signbord “I love Sandakan”

SANDAKAN: Pihak Bahagian Siasatan Jenayah Sandakan, berjaya membuat tangkapan dua orang remaja lelaki dan perempuan masing masing berumur 14 dan 13 tahun di pusat bandar Sandakan, jumaat lepas.

Kedua dua suspek dipercayai terlibat dengan kes khianat dengan membakar signboard “I LOVE SANDAKAN” di dataran Harbour Mall di sini, pada 21 Julai lepas. Mereka kini ditahan reman sehingga 6 Ogos 2021.

Kes disiasat dibawah Sek 435 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Ibu bapa dan penjaga, dinasihatkan agar sentiasa memantau pergerakan anak anak mereka bagi mengelak terdedah dan terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *