Rakyat Sabah sokong Hajiji longgar SOP, bidas Ismail

KOTA KINABALU: Kenyataan Datuk Seri Ismail Yaakob Menteri Kanan Persekutuan (Keselamatan) bahawa semua negeri melaksanakan satu standard SOP telah menyebabkan percanggahan dengan sidang media yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor untuk memberi kelonggaran SOP kepada rakyat Sabah.

“Sabah tak boleh berbeza, sedangkan negeri lain ikut SOP seperti yang diputuskan MKN,” 

“Kita sudah maklumkan kepada wakil kerajaan Sabah waktu sidang khas MKN semalam bahawa Sabah pun mesti sama dengan setiap negeri dalam negara, Sabah tidak boleh berbeza sedangkan negeri lain ikut SOP yang dikeluarkan,” kata Ismail pada sidang media sebelum sesi ramah mesra bersama pegawai dan kakitangan perubatan yang dilantik secara kontrak oleh Angkatan tentera Malaysia (ATM) di Auditorium Hospital ATM Tuanku Mizan hari ini

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada kelmarin (28 Jun) mengumumkan untuk membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi semula sepanjang dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula hari ini (29 Jun) sebagai salah satu langkah awal pemulihan ekonomi di Sabah.

Kerajaan Negeri Sabah membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi antaranya makan di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel, gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan raya serta kedai gunting rambut.

Aktiviti pembuatan dan perkilangan yang dibenarkan beroperasi juga akan diperluaskan kepada getah, simen dan cat, selain kilang berasaskan kayu dan perabot.

Hasil tinjauan rakyat Sabah di laman sosial Facebook Suara Sabah Today dan beberapa pautan media sosial ramai rakyat menyokong Hajiji dalam melaksanakan kelonggaran SOP untuk rakyat Sabah dan membidas keputusan Ismail sebagai Menteri Kanan (Keselamatan).

Antara komen-komen daripada netizen Sabah di laman muka buku,

#Ismailsabri ko jaga saja covid dn sop di Smanjung tu…Biar pemimpin Sabah Sarawak menentukan sop yg rasa terbaik untuk rakyat dia..”

“Sabah n Sarawak ada hak tersendiri kmi sokong kerajaan negeri tidak terikut ikut telunjuk Malaya ….

ini wilayah sabah..ini bukan negeri sabah..suka hati lah klu buat sop sendiri…kau ada paham kaitu tompinai..😂

“Keputusan Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor Ketua Menteri untuk memberi kelonggaran SOP kepada rakyat Negeri Sabah adalah satu langkah yang berjiwa rakyat dan perlu disokong oleh semua rakyat Sabah dan mereka di semenanjung Malaysia.

Mereka tidak sepatutnya samakan keadaan di Selangor sekarang dengan jumlah kes Selangor 2,299 dan di Sabah pula hanya mempunyai 178 kes

Menteri yang bertanggungjawab dan kerajaan perlu memberi kelonggaran kepada kerajaan negeri Sabah untuk kebajikan rakyat negeri Sabah untuk membuka sedikit ruang ekonomi kepada rakyat Sabah”

“bukankah Seksyen 11 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 memperuntukkan kuasa bagi Menteri Besar atau Ketua Menteri serta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Kabinet negeri yang dilantik sebelum proklamasi terbabit, juga boleh menjalankan kuasa eksekutif negeri sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa.

Malah, kuasa perundangan untuk membuat undang-undang subsidiari di bawah undang-undang Persekutuan dan undang-undang negeri hendaklah terus dijalankan oleh orang yang diberi kuasa oleh undang-undang itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *