DUN Sabah : LPPB lantik konsultan bertauliah laksana kajian keselamatan bangunan rumah pangsa

KOTA KINABALU : Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) telah melantik konsultan bertauliah yang bebas bagi melaksanakan kajian keselamatan bangunan rumah pangsa.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pelantikan konsultan itu adalah untuk mengkaji dan membuat pemeriksaaan secara komprehensif.

โ€œMengenai keperluan melaksanakan kajian keselamatan bangunan rumah pangsa seperti yang dicadangkan oleh Ahli Yang Berhormat Tanjung Aru, Kementerian saya melalui LPPB telah pun melantik Konsultan bertauliah yang bebas.

โ€œIanya adalah  untuk mengkaji dan membuat pemeriksaaan secara komprehensif iaitu melalui pengambilan sampel di setiap bangunan dan penilaian secara visual terhadap setiap unit dalam rumah bagi memastikan sama ada bangunan tersebut selamat diduduki atau sebaliknya,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab isu berkaitan pembangunan sektor perumahan pada sesi penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Masidi berkata, laporan kajian tersebut dijangka siap sepenuhnya pada penghujung bulan Mac 2022. Katanya, pihak LPPB akan memaklumkan kepada para penghuni hasil dapatan kajian sebaik sahaja laporan perolehi.

Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, kementeriannya melalui Bahagian Inspektorat dan Unit Penguatkuasa di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing mempunyai prosedur standard operasi (SOP) khusus untuk menangani masalah kedai-kedai judi online dan kedai judi di pasaraya,

Katanya, kerjasama dengan pihak polis menerusi rondaan dan operasi bersepadu turut dilaksanakan bersama kementeriannya.

โ€œKementerian saya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mencari penyelesaian jangka masa panjang bagi menangani masalah ini,โ€ katanya. -SM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *