Jambatan Kekal Sungai Kopuakan bakal beri manfaat 900 penduduk kampung

RANAU: Hajat kerajaan negeri Sabah bagi merealisasikan hasrat 900 penduduk kampung Togop Laut untuk mendapatkan sebuah jambatan konkrit telah tercapai.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri melalui Kementerian Kerja Raya di atas peruntukan yang diberikan.

“Inilah bukti kerajaan begitu prihatin kepada rakyat khususnya bagi kawasan Kundasang.

“Penduduk Togop Laut sudah sekian lama menggunakan jambatan โ€œlow level crossingโ€ dan apabila hujan berpanjangan serta banjir melanda, kenderaan tidak dapat melalui jambatan ini dan sebagai alternatif lain, mereka menggunakan jambatan gantung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas esi Majlis Perasmian Pecah Tanah yang berlangsung di tepi sungai Kopuakon kampung Tobok Darat.

Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri, Yubidi Gumpoyo, Pegawai Daerah Ranau Syarin Samsir, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau, Mac Glen Frederick Lojuman dan Pegawai Pemimpin Masyarakat (PPM) Dounis Sani.

Dalam pasa itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang turut berkata jambatan konkrit bernilai RM11 juta yang menghubungkan penduduk kampung Togop Laut dengan Togop Darat itu boleh digunakan pada bila-bila masa.

Joachim turut menjelaskan pembinaan jambatan konkrit sepanjang 90 meter ini akan dikawal selia oleh JKR Ranau dan angka masa pembinaan jambatan adalah selama 18 bulan.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *