Bot Laju PATI digagalkan daripada membolosi sempadan negara

SANDAKAN: Dalam satu Ops Gelora yang berlangsung pada awal pagi semalam telah membuahkan hasil apabila berjaya mengusir keluar dua buah bot laju yang dijuragani dua lelaki daripada Filipina ketika mereka cuba menceroboh masuk perairan negara dikawasan laut Utara Nunuyan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sandakan DSP Rusdin Bin Banin berkata semasa membuat rondaan dikawasan tanggungjawab, Polis Marin Sandakan telah mengesan bot-bot tersebut dalam keadaan yang mencurigakan dari perairan negara jiran yang memasuki perairan negara sebelum ianya berjaya dipintas.

Hasil pemeriksaan polis, mendapati PATI tersebut mendakwa berasal daripada Filipina. Bot tersebut kemudiannya di usir dengan diiring sehingga keluar dari perairan negara bagi mengekang penularan wabak penyakit pandemik Covid-19 dan diarahkan supaya tidak memasuki perairan Malaysia selaras dengan kehendak Undang-undang Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi mengekang penularan wabak Covid 19.

Pasukan Polis Marin menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di nombor 0139391197 atau terus ke balai berdekatan untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *