Remaja hilang di sungai disahkan lemas

BEAUFORT: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilapor hilang ketika mandi di sungai Kampung Baru Durok, dekat Keningau Sabtu lalu, ditemukan lemas semalam.

Mangsa dikenali Al Sharil ditemui terapung di Sungai Padas di Kampung Labi Gadong, di sini, oleh orang awam sebelum dimaklumkan kepada pihak bomba kira-kira jam 5 petang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat itu.

“Pihak bomba membantu mengeluarkan mayat dari sungai sebelum ia diserahkan kepada pihak polis.


“Mayat kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Beaufort untuk tujuan pengecaman,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam kejadian jam 5.30 petang Sabtu lalu, Al Sharil dilaporkan hilang ketika mandi di sungai berkenaan bersama keluarganya. -BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *