Pemandu lori balak melarikan diri masuk ke Ladang Sawit
KALABAKAN: Ops Bersepadu RCP ESSCOM Kalabakan, seramai 3 orang Anggota Panguatkuasa JPJ Tawau, 3 orang anggota RELA, 4 orang anggota PGA, 3 orang anggota KPDNHEP telah memeriksa 93 buah kenderaan iaitu 15 buah daripadanya kenderaan Perdagangan, 75 buah kenderaan persendirian dan 3 buah Motosikal.
Sebanyak 13 keping notis telah dikeluarkan dan 2 daripadanya adalah kesalahan menyusun muatan secara bahaya. Sebuah kenderaan jenis Semi Trailer muatan kayu balak diarahkan untuk berhenti di bahu jalan.
Walau bagaimanapun, pemandu bertindak melarikan diri masuk ke ladang sawit. Tindakan Notis dibawah Seksyen 115 APJ dikeluarkan ke atas kenderaan tersebut.