Beri rasuah, daftar sijil vaksinasi palsu

KOTA KINABALU : Seorang suspek lelaki berusia 31 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah dalam usaha memalsukan sijil vaksinasi Covid-19.

Tertuduh dipercayai memberikan rasuah bernilai RM2,000 daripada orang awam bagi mendapatkan pendaftaran sijil vaksinasi Covid-19 di dalam aplikasi MySejahtera Oktober lalu.

SPRM Kota Kinabalu membuat tindakan susulan menerusi satu operasi yang dilancarkan di sebuah daerah negeri ini kira-kira pukul 1.30 petang tadi.

Lelaki tersebut dipercayai memberi wang rasuah yang diterima kepada sukarelawan yang bertugas di salah sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri itu dan mendaftarkan penama – penama yang belum menerima suntikan vaksin ke dalam sistem aplikasi MySejahtera.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan menyatakan bahawa suspek disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009, dan permohonan reman akan difailkan di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu di Sabah esok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *