Insiden pengeboman ikan, dua masih hilang

Gambar : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

SEMPORNA : Polis tempatan, dam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut terlibat dalam misi mencari dan menyelamat dalam insiden pengeboman ikan di pantai pulau Tatagan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Semporna dimaklumkan bahawa dua orang masih hilang selepas insiden itu berlaku dan menurut sebuah keterangan saksi, kejadian tersebut berlaku pada 11 Januari.

Penolong Pengarah (Operasi) Bomba dan Penyelamat negeri Misran Bisara berkata bilik kawalan Semporna mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh polis pada 10.34 pagi hari ini.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih cuba mengumpul apa yang sebenarnya berlaku semalam kerana dipercayai kedua-dua mereka terkejut apabila tercampak ke laut dalam letupan yang melanda kapal mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.