Cubaan melarikan diri, polis terpaksa melepaskan das tembakan

Gambar : PDRM

KOTA KINABALU : Unit Kereta Peronda yang bertugas di Tanjung Aru menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20 hingga 34 tahun yang bertindak untuk melarikan diri bersama kenderaan yang dinaiki daripada pihak berkuasa.

Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta tersebut apabila pemandunya cuba merempuh kenderaan pihak polis semasa mengejar di persimpangan yang agak sibuk.

Lima suspek di dalam kereta itu ditahan dan dipercayai kerana mereka sama ada tidak mempunyai dokumen peribadi yang sah atau memiliki MyKad milik orang lain secara tidak sah sehingga berusaha melarikan diri daripada polis sedemikian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, penahanan itu berikutan maklumat yang diterima berhubung sepasang suami isteri sedang bergaduh di dalam kenderaan itu.

Ketika ditahan, tiga daripada suspek termasuk wanita terbabit bertindak masuk semula ke dalam kenderaan itu dan terus memecut laju dan memaksa pihak polis untuk melepaskan das tembakan.

Walaupun kenderaan sempat dihentikan, suspek termasuk wanita tadi sempat melarikan diri daripada tempat kejadian sehingga kemudiannya, wanita tersebut telah berjaya ditahan di sebuah bilik penginapan.

“Suspek wanita berjaya ditahan di sebuah bilik penginapan di Sinsuran dan siasatan mendapati MyKad yang dibawa adalah milik orang lain,” jelas Zaidi.

Siasatan lanjut akan diteruskan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan tiga suspek yang turut ditahan dipohon reman untuk membantu siasatan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.