Harap lebih banyak program vaksin di daerah lain – Hajiji

SIPITANG: Program Jiwa Murni (PJM) Army Combat Medic Vaccination Programme (ACMVP) yang bermula di Long Pasia, dengan menyasarkan seramai 500 penduduk kampung di sini dan kampung berhampiran akan menerima vaksin menerusi program yang akan diadakan selama dua hari.

Ini adalah program pertama tentera di Sabah yang diadakan bersama dengan program bergerak kerajaan (mobile outreach), Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) dan sukarelawan belia kampung berkenaan.

Daerah Tongod, Nabawan dan Semporna akan menjadi destinasi Jiwa Murni yang seterusnya bermula bulan Julai hingga Ogos dan September pada tahun ini.

Memuji usaha tentera atas inisiatif ini, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berharap lebih banyak usaha seperti ini dapat dilaksanakan di daerah lain untuk mempercepatkan proses vaksinasi di Sabah.

Hajiji berkata setakat 23 Jun, lebih daripada 350,000 orang telah menerima vaksin termasuk kira-kira 10,000 anggota tentera manakala lebih 30 peratus (30%) telah mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi.

โ€œKami berharap dapat melihat sasaran 30,000 orang yang diberi vaksin setiap hari mulai bulan Julai ini, apabila lebih banyak vaksin sudah tersedia,โ€ katanya

Terdahulu, dalam taklimat pembangunan oleh Pegawai Daerah Sipitang, Ag Raimy Pg Abdul Rahman, Ketua Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM570,000 untuk dua jambatan gantung, gereja, pos tentera dan menaiktaraf.

Turut hadir pada program itu ialah Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Shahelmey Yahya; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datoโ€™ Dr Zulkapli Mohammad dan Panglima Divisyen Kelima Infantri, Mej Jen Datuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *