Banjir Sabah: 559 mangsa banjir Pitas masih berlindung di dua PPS pagi ini

KOTA KINABALU: Seramai 559 mangsa banjir melibatkan 183 keluarga masih berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Pitas, setakat pukul 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan dua PPS itu ialah Dewan Kampung Kusilad yang menempatkan 49 mangsa daripada 13 keluarga manakala Dewan Kampung Sinukab menempatkan 510 mangsa daripada 170 keluarga.

Kedua-dua PPS terbabit menempatkan penduduk dari kampung yang masih dinaiki air iaitu Kampung Kusilad, Kampung Desa Seberang, Kampung Kanibongan, Kampung Boribi, dan Kampung Untang-Untang/Mulung Kulung. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.