DBKK ambil langkah pantas

KOTA KINABALU: Akibat daripada cuaca buruk iaitu hujan lebat dan air pasang di sekitar bandar raya Kota Kinabalu, kawasan Pantai Tanjung Lipat telah dilanda ombak besar yang membawa sisa sampah ke pantai.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) dan Jabatan Landskap (JL), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengambil langkah pantas bagi membersihkan kawasan tersebut. Kerja-kerja pembersihan ini melibatkan seramai 28 orang petugas kebersihan DBKK yang bermula seawal jam 5.00 pagi dan diteruskan sehingga selesai.

Taman Awam Teluk Likas (TATL) dan Pantai Tanjung Lipat Kota Kinabalu merupakan salah satu taman tumpuan orang awam di bandar raya Kota Kinabalu. Aspek kebersihan dan keselamatan di kawasan tersebut adalah tanggungjawab kita bersama. DBKK menyeru kepada seluruh warga bandar raya Kota Kinabalu untuk sentiasa bekerjasama bagi menjaga kebersihan dan mengamalkan cara pembuangan sampah yang betul demi Kesejahteraan bandar raya Kota Kinabalu yang tercinta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *