Sabah merekodkan 3,333 kes Covid-19 hari ini

KOTA KINABALU : Peningkatan kes Covid-19 berada pada tahap yang membimbangkan di negara ini di mana hari ini Malaysia merekodkan sebanyak 17,134 kes jangkitan Covid-19.

Peningkatan yang ketara dapat dilihat pada jumlah kes di negeri Sabah yang melonjak daripada 2,069 kes semalam (8 Februari) kepada 3,333 kes hari ini (9 Februari).

Jurucakap rasmi perkembangan harian Covid-19 negeri ini memberitahu dalam satu kenyataan media bahawa jumlah kes ini adalah jumlah kes jangkitan pasca vaksinasi tertinggi sepanjang masa.

Terdahulu, dalam akaun Twitternya, Masidi berkata tiga kluster sekolah baharu turut dikesan hari ini.

Sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpangan di pedalaman Paitan, SMK Bukit Garam 1 di Kinabatangan dan Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah di Keningau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *