ADUN Usukan hadir majlis ramah mesra bersama pemimpin SIB

KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak menghadiri Majlis Beramah Mesra bersama Pemimpin Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Pekan Kota Belud sempena sambutan Perayaan Hari Natal, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Kelab Backbenchers Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkesempatan berbual dengan masyarakat yang hadir ke majlis itu.

Menurutnya, perpaduan dan sikap saling menghormati antara kaum, agama dan budaya adalah lambang keharmonian kita di Malaysia.

“Semoga sambutan Hari Natal pada tahun ini lebih bermakna, dan sama-sama kita berdoa agar keperitan yang kita kongsi ini segera berakhir,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *