Dua perlawanan persahabatan pembakar semangat Sabah FC

KUALA LUMPUR: Sabah FC mencatat keputusan cemerlang dalam dua siri perlawanan persahabatan menentang pasukan Liga Premier, Kuching City FC dan Skuad Projek FAM-MSN pada 28 dan 30 Mac lalu.

Ketua Jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata kemenangan ini memberikan khabar gembira kepada skuad badak sekaligus menunjukkan wujudnya persefahaman serta keserasian yang sangat baik dalam kalangan pemain.

Katanya, dua siri perlawanan persahabatan ini dijadikan sebagai โ€˜Pembakar Semangatโ€™ untuk membolehkan pihak kejurulatihan dapat memperbaiki kelemahan sedia ada termasuk memperbaiki penyudah di bahagian serangan.

โ€œSyukur Alhamdulillahโ€ฆkita dapat memenuhi sasaran kemenangan dalam dua siri perlawanan persahabatan. Kita ambil contoh perlawanan semalam (malam tadi) Sabah FC menewaskan Skuad Projek FAM-MSN dengan jaringan besar 4-1.โ€œ

Gol ini dijaringkan oleh Bobby Gonzales pada minit kedua, manakala Saddil Ramdani pada minit ke-48โ€ฆserta Amri Yahya jaringan minit ke-49 dan Levy Madinda pada minit ke-80,โ€ katanya. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Kurniawan berkata, keserasian dalam kalangan pemain Sabah FC terutama di bahagian serangan menunjukkan persefahaman yang baik di samping dapat mengekalkan momentum sebenar sekaligus mampu bermain mengikut arahan daripada pihak kejurulatihan.

โ€œPada siri perlawanan persahabatan malam tadiโ€ฆPemain sendiri mempunyai sasaran untuk memperbanyakkan hantaran bola ke bahagian serangan dengan melipatgandakan serangan secara berkumpulan serta bertahan secara berkumpulan…Ternyata usaha ini mampu menghasilkan gol yang banyak,โ€ katanya.

Mengulas mengenai perlawanan pertama menentang Kuching City FC, Kurniawan berkata, kemenangan 3-0 hasil jaringan Maxsius Musa, Saddil Ramdani dan Randy Baruh dijadikan sebagai kayu pengukur untuk melakar kemenangan pada perlawanan menentang Skuad Projek FAM-MSN yang berlangsung malam tadi.

โ€œSiri perlawanan persahabatan pertama ini agak seimbang..kerana Kuching City FC juga memiliki barisan pemain yang berkualiti menjadikan Sabah FC tiada pilihan untuk terus melancarkan serangan bagi memperolehi gol awal,โ€ katanya.

Kurniawan merumuskan hasil kedua-dua perlawanan persahabatan ini boleh dijadikan โ€˜Home Workโ€™ dalam mengetahui kelebihan serta kekurangan dalam pasukan Sabah FC untuk menang menentang pasukan Kuala Lumpur City FC pada 03 April ini.

โ€œApa yang pasti Sabah FC mempunyai tempoh dua hari ini untuk memperbaiki beberapa kelemahan yang ada serta sudah bersiap sedia secara taktikal menentang Kuala Lumpur City FC nanti,โ€ katanya.

Kurniawan yakin peningkatan dalam beberapa siri perlawanan membuktikan prestasi para pemain import dan pemain tempatan semakin baik dan mereka mulai memahami โ€˜Game Planโ€™ yang diterapkan pasukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *