ADUN Tandek agih bantuan bakul makanan kepada 128 ketua isi rumah

KOTA MARUDU: Seramai 128 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima bantuan bakul makanan di tiga buah kampung di kawasan Tandek.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Hendrus Anding berkata bakul makanan yang disampaikan merupakan inisiatif kerajaan negeri melalui Bantuan Pusat Jawatankuasa Bencana Daerah dan sebahagian bantuan yang dihulurkan adalah merupakan sumbangan peribadi beliau sendiri dan melibatkan penghantaran makanan ke semua lokasi banjir di sini.

Menurutnya lagi, hujan yang berterusan selama beberapa hari ini telah menyebabkan jalanraya ditenggelami air sehingga penduduk kampung terputus hubungan dan bekalan makanan.

โ€œMereka (penduduk kampung) tidak dapat keluar membeli barang keperluan harian kerana jalan raya terputus dan tidak dapat dilalui oleh sebarang kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Hendrus yang juga merupakan Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah berkata antara kampung yang terlibat dalam agihan bantuan bakul makanan Ini ialah Kampung Paliu Sumbu, Kampung Monguwou dan Kampung Bombong Tiga.

Beliau turut mengingatkan kepada semua ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk memaklumkan kepada beliau atau Pejabat DUN Tandek bagi kampung yang memerlukan bantuan bakul makanan untuk memudahkan mereka menyalurkan bantuan.

“Pihak saya akan berusaha dan mengelakkan tiada berlakunya keciciran nama penerima bantuan dan memastikan agar penduduk kampung mendapat bantuan bakul makanan sewajarnya,” katanya.

Beliau menasihatkan kepada semua penduduk kampung agar menjaga keselamatan diri terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak kecil, mengawasi mereka dan jangan membiarkan anak kecil mandi di sungai pada musim hujan.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *