5 stesen utama di PPV: Dr Adham

KUALA LUMPUR (Berita Harian): Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan beroperasi di seluruh negara mulai esok, dibahagikan kepada lapan kategori.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata setiap PPV diberikan kategori antara satu hingga lapan, berdasarkan bilangan anggota dan keluasan sesuatu tempat.

Beliau berkata, proses pemberian vaksin COVID19 di setiap PPV pula akan terdiri daripada lima stesen utama.

“Stesen satu ialah saringan gejala dan suhu, diikuti pendaftaran (stesen kedua), kaunseling dan persetujuan imunisasi (stesen ketiga), suntikan vaksin COVID19 (stesen keempat) dan pemerhatian (stesen kelima).

“Di stesen terakhir, penerima akan diminta untuk berada dalam ruang pemerhatian bagi tempoh antara 15 hingga 30 minit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. SUMBER: BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.