4 Lokasi ‘jalan tikus’, 3 pusingan ‘U’ ditutup di Penampang

Penampang, 8 Jun 2021 – Kenyataan Media YB Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan bertarikh 6 Jun 2021 menetapkan bahawa Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu tidak lagi di dalam daerah yang sama berkuatkuasa mulai 7 Jun 2021.

Sehubungan dengan itu Polis Daerah Penampang telah mengenalpasti beberapa lokasi ‘jalan tikus’ dan pusingan ‘U’ yang dijadikan akses menghubungkan jalan di Daerah Penampang dengan Daerah Kota Kinabalu.

Berikut adalah lokasi ‘jalan tikus’ yang telah ditutup. ⛔️ Jalan Nosoob – Hungab Susur keluar ke lampu isyarat Shell Kobusak, Jalan Penampang – Lido⛔️ Jalan Kobusak ke Susur Keluar simpang Taman Bangsawan Jalan Lintas.⛔️ Jalan Penampang Lama – Jalan Gunung Bintang Luyang⛔️ Jalan Bongun Kodondungan Ganang Ke Cyber CityBerikut adalah lokasi pusingan ‘U’ yang turut ditutup:⛔️ Dua pusingan ‘U’ sepanjang Jalan Penampang Bypass Kota Kinabalu – Penampang⛔️ Pusingan ‘U’ Jalan Chempaka berhampiran SJR Jalan Bundusan ‘Jalan-jalan tikus’ dan pusingan ‘U’ ini ditutup serta merta bagi memperketatkan pergerakan sempadan melibatkan Daerah Penampang dan Kota Kinabalu.

Oleh yang demikian, pihak polis berharap agar pengguna jalan raya memberi kerjasama dan bersabar serta memahami tugas polis dalam menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan.

Sumber dipetik: POLIS Daerah Penampang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *