359,457 individu terima suntikan vaksin Covid-19 di Sabah setakat ini

KOTA KINABALU – Seramai 359,457 individu di Sabah telah menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Kebangsaan peringkat negeri setakat ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Negeri berkaitan Covid-19 itu berkata, seramai 252,384 orang daripadanya adalah penerima suntikan dos pertama, manakala selebihnya iaitu 107,073 orang telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin berkenaan menerusi dua fasa pelaksanaan program itu di seluruh negeri.

“Bagi fasa satu, seramai 61,000 orang telah menerima suntikan dos pertama termasuk 860 orang hari ini, manakala 53,190 orang telah melengkapkan kedua-dua dos dengan empat suntikan baharu dibuat hari in (Selasa).

“Bagi fasa dua pula, sejumlah 191,384 orang menerima suntikan dos pertama dengan 9,915 suntikan baharu dibuat hari ini, manakala 53,883 orang melengkapkan kedua-dua dos dengan sebanyak 3,214 suntikan baharu hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Masidi berkata, sebanyak 671,721 individu telah mendaftar untuk menerima vaksin dengan 1,439 pendaftaran direkodkan pada Selasa.

Mengulas perkembangan Covid-19 di Sabah, Masidi berkata, sebanyak 230 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 66,546 kes, dengan tiga kematian dilaporkan di Tawau, Papar dan Semporna.

Katanya seramai 289 pesakit sembuh dilaporkan pada Selasa menjadikan jumlah kumulatif sembuh 63,525 orang, manakala seramai 519 pesakit masih dirawat di hospital dan 1,532 orang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Awam. – Sumber Berita : Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *