Hargai inisiatif Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu proses vaksinasi rakyat Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU: Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri pada hari ini.

Antara perkara yang dibincangkan adalah untuk mempertingkatkan kawalan keselamatan sempadan perairan khususnya kawasan perairan ESSZONE.

Selain memelihara kedaulatan negara, usaha ini penting untuk mengekang penularan COVID-19 melalui kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Sepanjang April 2020 hingga 14 Jun 2021, pemeriksaan ke atas 20,647 bot telah dijalankan, dari jumlah ini 133 tangkapan melibatkan PATI dan 49 bot telah ditahan.

Ketua Menteri Sabah juga menyatakan menghargai inisiatif Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk melaksanakan Program Jiwa Murni bagi membantu proses vaksinasi rakyat di Sabah. Melalui program ini, pasukan perubatan ATM akan turun padang bersama ke kawasan pedalaman di Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *