MUTIARA GRS Lawat,Serah Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran

KOTA KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag hari ini hadir melawat seterusnya menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Landong Ayang, di Kudat, disini hari ini.

Juliah yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) bersama ahli rombongannya turut melihat kawasan dan menyantuni keluarga yang terlibat dalam kejadian itu.

Isteri Ketua Menteri itu turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa pesakit talasemia di Marina Jetty, Kudat.

Rombongan MUTIARA GRS itu turut disertai Isteri Timbalan Ketua Menteri II, Datin Seri Cecilia E Kitingan dan Isteri Timbalan Ketua Menteri III, Datin Linda Ewit. -SM

Leave a Reply

Your email address will not be published.