150 KIR terima tujuh ekar dengan tanaman getah bawah projek Agropolitan Gana

KOTA MARUDU: Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan, Hendrus Anding telah menyempurnakan majlis cabutan lot sempena penyerahan ladang (fasa 1) Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) bagi projek Agropolitan Gana Kota Marudu.

Menurut Hendrus, cabutan ini merupakan fasa pertama dengan keluasan tujuh ekar setengah untuk setiap 150 ketua isi rumah (KIR) yang terlibat.

โ€œDiharapkan ini dapat memberikan pendapatan bulanan dan membolehkan mereka terkeluar dari kepompong kemiskinan.

โ€œCabutan dibuat secara adil. Oleh itu, jangan ada rasa kurang puas hati dan mempersalahkan pemimpin seperti Ketua Kampung (KK) dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta LIGS yang mengendalikan cabutan lot tersebut,โ€katanya.

Fasa kedua akan matang dalam tempoh empat tahun lagi dan ini sudah tentu akan meningkatkan lagi pendapatan seramai 450 KIR di Skim Penempatan Grid Gana (10 buah kampung).

Seiring dengan pelaksanaan tanaman getah fasa II, pembangunan perumahan fasa II (300 buah rumah) juga bakal dilaksanakan tahun ini.

Hendrus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek menjelaskan, hampir semua kemudahan asas yang penting telah ada di skim penempatan Grid Gana.

โ€œIni adalah hasil usaha berterusan pemimpin yang prihatin, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (HESS) yang selalu melihat dan mengusahakan yang terbaik bagi penduduk Skim Grid Gana.

โ€œBoleh dikatakan semua kemudahan di sini seperti jalan aspal, elektrik, air, sekolah, skim agropilitan getah dan perumahan ini adalah hasil buah tangan beliau.

โ€œJusteru, saya ingin berpesan agar seluruh KIR (penduduk Skim Grid Gana) bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Kerajaan semasa yang telah dapat memajukan Agropolitan Gana yang mana dapat memberikan sumber pendapatan bulanan kepada mereka.

โ€œSaya terpanggil untuk meneruskan tanggungjawab ini setelah dipiliih sebagai Wakil Rakyat di sini.

โ€œOleh itu, saya berharap agar penduduk di sini tidak mudah lupa dan akan terus mengingati jasa pemimpin ini serta Kerajaan yang mempermudahkan segala urusan untuk kepentingan rakyat di sini,โ€ ujarnya. -SNT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *