Hajiji terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B.N Reddy di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan mengalu-alukan kunjungan B.N Reddy ke Sabah dan berharap hubungan baik dan kerjasama yang sedia terjalin diantara kedua pihak dapat ditingkatkan lagi.

Katanya, Sabah mengalu-alukan kedatangan pelabur serta pelancong asing dari luar negara termasuk India bagi membantu merancakkan lagi sektor ekonomi dan pelancongan negeri ini.

โ€œKerajaan Negeri akan mempermudahkan kegiatan perniagaan atau โ€˜ease of doing businessโ€™ dan mesra pelabur di Sabah dalam usaha mempertingkatkan kegiatan perniagaan serta menarik lebih ramai pelabur ke negeri iniโ€, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *