Rokok tanpa cukai dianggar RM40,250 Ribu dirampas

KUDAT: Pasukan Polis Marin Kudat telah berjaya merampas 1,350 bungkus rokok tidak bercukai di dalam sebuah kenderaan yang diletakkan di kawasan Jalan Perapat Limau-Limauan Kudat malam semalam.

Pemangku Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Kudat, ASP Cyril Douglas berkata pada jam lebih kurang 9 malam semalam.

Semasa menjalankan OP Benteng Covid Polis Marin Kudat telah mengenal pasti sebuah kenderaan yang telah diletakkan dalam keadaan mencurigakan di pinggir jalan Perapat Limau-Limauan.

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan tersebut telah menjumpai sejumlah 1,350 bungkus rokok pelbagai jenama yang dipercayai tidak bercukai. Pemerhatian dan pemantauan telah dilakukan namun tiada individu datang menuntut kenderaan tersebut.

Nilai Rokok dan Kenderaan tersebut dianggarkan berjumlah RM40,250.00.Rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d), Akta Kastam 1967.Masyarakat di sarankan menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsApp ke talian 0132831197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *