Polis Marin Sandakan gagalkan cubaan seludup barang kawalan

SANDAKAN: Empat lelaki ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) selepas membawa barang kawalan tanpa sebarang permit daripada pihak berkuasa di kawasan laut Pulau Nunuyan awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan, DSP Rusdin Bin Banin berkata bot suspek bergerak dalam keadaan mencurigakan dan semasa pemeriksaan dijalankan di perairan Pulau Nunuyan mendapati terdapat 2 bot jenis jongkong masing-masing dijuragani seorang lelaki dan seorang awak-awak yang berumur dalam lingkungan antara 20 hingga 28 tahun berada di bot masing-masing.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas jongkong-jongkong tersebut mendapati terdapat barang kawalan. Jongkong dan enjin turut dirampas.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM63,258.00.

“Jurangan terbabit juga gagal menunjukkan permit atau surat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ke atas semua barang kawalan yang dibawanya,” katanya lagi.

Selain itu, masyarakat terutama masyarakat maritim dan persisir pantai boleh juga menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsApp ke talian 0132831197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *