Cubaan menyeludup minuman keras dianggar bernilai RM15 Ribu berjaya digagalkan

BEAUFORT: Sepasukan Pegawai dan Anggota Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu berjaya mematahkan aktiviti cubaan penyeludupan minuman keras di kawasan tepi anak sungai daerah Menumbuk dalam satu Operasi jam lebih kurang 9 malam semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu, ASP Roslan Bin Awang berkata,

“serbuan telah dijalankan selepas intipan terhadap beberapa orang indivdu di kawasan tersebut. Semasa intipan dijalankan dikawasan tersebut, kelihatan beberapa orang lelaki sedang melakukan aktiviti pemunggahan bungkusan plastik berwarna hitam daripada Bot ke kawasan daratan.

Pemeriksaan lanjut telah dijalankan menjumpai minuman keras sebanyak 29 Carton Jenama Carlsberg, 60 carton jenama Royal Stout dan 61 carton jenama Anchor dianggarkan bernilai RM15,000.00 dimuatkan dalam Bot dan dipunggah ke daratan.

Kesemua minuman keras tersebut adalah dipercayai dibawa dari Labuan. 07 orang lelaki berusia dalam lingkungan umur 27 hingga 47 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Turut dirampas sebuah Bot menggunakan enjin 200HP dan 3 buah kenderaan.

Keseluruhan nilai rampasan Bot, kenderaan dan minuman keras adalah dianggarkan berjumlah lebih kurang RM338,000.00.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Beaufort untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967.Masyarakat di sarankan menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsApp ke talian 0132831197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.

Sumber Berita: Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *