Kes Covid-19 di Sabah meningkat lagi

KOTA KINABALU : Jurucakap rasmi perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, melaporkan kes Covid-19 di negeri ini naik lagi kepada 192 kes semalam (29 Disember 2021) berbanding hari sebelumnya sebanyak 168 kes.

Daerah yang mencatat kes dua angka ialah Kota Kinabalu (37 kes), Ranau (24 kes), Tuaran (20 kes), Penampang dan Putatan masing-masing 17 kes, Kota Belud (14 kes) dan Beaufort (10 kes).

Jumlah daerah yang merekodkan sifar kes turut menurun kepada 4 daerah berbanding hari sebelumnya 5 daerah dan berbanding Isnin 8 daerah.

Namun demikian, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam.

“Bilangan pesakit Covid-19 sembuh hari ini (29 Disember) pula ialah 372 orang menjadikan jumlah kumulatif 233,287 orang dilaporkan sembuh sehingga kini,” jelasnya lagi.

Masidi juga memaklumkan bahawa 644 pesakit masih menerima rawatan iaitu 343 orang di hospital, 299 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) awam dan dua orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *