Dua lelaki tempatan ditahan bersama 6 kilogram bernilai RM216,000

TAWAU: Polis menahan dua lelaki   bersama enam bungkus dadah dipercayai jenis Methamphetamine atau Syabu seberat lebih enam kilogram dianggarkan bernilai RM216,000 selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Husin, berkata kedua-dua lelaki tempatan itu berusia 30 dan 42 tahun itu ditahan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sabah dalam satu serbuan di Bandar Sri Indah Tawau, kira-kira jam 3.55 petang.

Katanya, kedua-dua mereka ditahan ketika sedang melakukan urusniaga penjualan dadah di lokasi berkenaan kemudian merampas kotak gabus dipercayai mengandungi enam bungkusan tertera tulisan ‘ecological rice’ dipercayai Syabu.

“Kita menganggarkan enam kilogram dadah boleh digunakan  40,000 hingga 50,000 orang penagih. Kejayaan ini membuktikan kegiatan pengedaran syabu di Tawau dapat dibenteras.

“Penahanan kedua-dua suspek ini adalah hasil maklumat awam sekali gus merupakan usaha berterusan pihak Polis bagi memastikan daerah Tawau bebas daripada masalah sindiket dadah yang bergiat aktif disekitar kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bilik Mesyuarat IPD Tawau di sini hari ini.

ACP Jasmin berkata, suspek akan disiasat dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

“Semakan awal mendapat salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau di bawah seksyen 39A1 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala seorang lagi tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya.

ACP Jasmin berkata, reman kedua-dua suspek berakhir esok akan disambung sementara menunggu siasatan sehingga pendakwaan di mahkamah dapat diselesaikan. -SNT

Leave a Reply

Your email address will not be published.