Sabah FC elak digelar sebagai status “Ayam Mati” – Bung Moktar

KOTA KINABALU: Pemain Sabah FC mesti elak seperti ‘Ayam Mati’ serta mesti berlagak sebagai juara dalam setiap perlawanan Liga Malaysia 2022 pada tahun ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, semua pemain mesti berlagak juara serta elak jangan mahu menang tetapi seolah-olah seperti macam mahu kalah.

Katanya, jika mahu menang pemain Sabah FC mesti menunjukkan gaya macam mahu menang agar disegani oleh pihak lawan.

“Harapan saya dengan kewujudan pasukan baharu ini Sabah FC akan dapat memperagakan satu pasukan yang berkualiti dengan mempunyai semangat juang tinggi sekali gus mempunyai semangat untuk menang dalam setiap perlawanan.

“Saya nampak ketrampilan Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee memang mahu menang…Oleh itu semua pemain harus dengar setiap arahan yang dikeluarkan jurulatih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Fundraising Sabah FC, di sini semalam.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, Sabah FC  sangat terhutang budi kepada Kim Swee serta sokongan padu dalam kalangan pihak pengurusan untuk memastikan pasukan ini mampu saingan sengit dalam Liga Malaysia nanti.

“Tahun 2021 ini Sabah FC akan tampil memberikan saingan hebat kepada pasukan ternama lain dalam Liga Malaysia 2022 berdasarkan prestasi serta persiapan awal yang dijalankan sejak 2020 lagi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.