12 PATI ditahan semasa leka berhibur

SANDAKAN: Seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sedang leka berhibur di sebuah pusat hiburan ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Kesemua PATI berusia 17 hingga 32 tahun itu ditahan dalam Operasi Gegar yang dijalankan kira-kira pukul 11.25 malam kelmarin di premis hiburan di kawasan Bandar Indah, Batu 4 Jalan Utara.

Pengarah Imigresen negeri, Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata, kesemua PATI itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Turut ditahan adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 48 tahun yang disyaki sebagai majikan.

Lelaki tempatan itu akan disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana mengambil kerja orang asing yang tidak memiliki pas yang sah dan Seksyen 55E(1) akta sama kerana disyaki membenarkan imigran haram untuk masuk dan berada di dalam premis tersebut.

โ€œPemeriksaan yang dilakukan terhadap 40 orang pelanggan mendapati 12 orang daripadanya tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Daripada jumlah itu, 11 orang adalah PATI warga Filipina dan seorang

โ€œKetika serbuan dilakukan, sebahagian daripada 12 orang PATI itu dilihat sedang berhibur sebagai pelanggan dan selainnya turut disyaki sebagai pekerja di premis tersebut,โ€ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi itu diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Afizan Samsi bersama 13 orang pegawai Imigresen dari Unit Penguatkuasa, Pejabat Imigresen Sandakan.

Sitti Saleha berkata, operasi-operasi di premis hiburan sebegitu akan dipergiat dan diteruskan dalam usaha membanteras PATI khususnya yang disyaki terlibat dalam aktiviti-aktiviti tidak bermoral.

Menurutnya, Jabatan Imigresen Sabah akan terus komited dalam usaha membanteras dan mencegah kehadiran PATI di negeri ini.

Justeru, beliau memberi amaran kepada orang awam khususnya majikan agar mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan Imigresen yang berkuat kuasa.

โ€œSaya ingin mengingatkan pihak yang telibat agar tidak memperlekeh dan melanggar undang-undang imigresen kerana kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk hukuman berat tanpa kompromi kepada mereka,โ€ katanya. โ€“ UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *