Cubaan seleweng 15,000 liter minyak diesel digagalkan

KOTA KINABALU : Sebanyak 15,000 liter minyak diesel berjaya dirampas dalam satu serbuan yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah di sebuah stor tidak bernombor di Kampung Iran Beluran di sini semalam.

Dalam serbuan jam 2.33 petang itu telah menjumpai minyak diesel yang diletak di dalam lori tanker dan tong drum yang dipercayai untuk dijual kepada pihak industri.

Pengarah Pejabat KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata, serbuan itu turut merampas alat-alat yang disyaki digunakan untuk menyeleweng iaitu dua buah kenderaan lori, pam elektronik dan hos dengan nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM159,500.

Katanya, dua individu lelaki warga tempatan yang dipercayai penjaga stor dan pemandu lori di lokasi serbuan turut ditahan untuk diambil keterangan.

โ€œBerdasarkan keterangan awal, penjaga stor dan pemandu lori tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan.

โ€œSebagai tindakan lanjut, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan untuk melakukan kesalahan yang dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana menjalankan urus niaga barang kawalan tanpa lesen,โ€ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Georgie berkata, siasatan juga akan dilakukan di bawah Seksyen 20(1) akta sama kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal.Katanya, di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Tambahnya, bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.

โ€œKementerian juga akan mengambil tindakan tegas dengan menggantung sementara lesen pengusaha stesen minyak yang terlibat sehingga siasatan selesai dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *