Patuhi SOP dalam ibadah sepanjang Ramadan
KOTA BELUD: Semua jemaah yang beribadat di masjid atau surau terutama bagi solat taraweh perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tidak mengabaikan segala arahan kesihatan yang dikeluarkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan Fairuz Renddan berkata, usaha mengekang penularan COVID-19 masih sedang dilaksanakan dan ia juga menjadi tanggungjawab kepada semua pihak dalam masyarakat untuk memastikan terhentinya rantaian wabak berkenaan.
โSyukur kerana Ramadan kali ini kita masih berpeluang untuk solat taraweh berjemaah, walaupun saf kita kini berjarak, namun itu tidak bermakna ukhwah dalam ibadat kita menjadi lemah,โ katanya selepas sesi kunjungan ARMADA dan Srikandi BERSATU Bahagian Kota Belud di Masjid Kampung Wani dan Masjid Mukim Kg Rosok di sini, hari ini.
Semasa sesi kunjungan itu, mereka turut menyampaikan sumbangan kepada ahli qariah dan jemaah masjid.
Dalam pada itu, Fairuz juga memberitahu bahawa usaha untuk menambahbaik segala keperluan untuk tujuan keagamaan akan sentiasa diberi perhatian oleh pihak kerajaan.
โKerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan sentiasa mengutamakan pembangunan dan keperluan untuk tujuan ibadah rakyat tanpa mengira apa bangsa dan agama sekalipun.
โSememangnya untuk membangunkan sebuah komuniti yang harmoni dan berjaya itu, ia perlu diseimbangkan dengan pengisian rohani dan keagamaan,โ katanya. – Utusan Borneo