Lima suspek baharu dikehendaki, seorang suspek pakar membuat bom

LAHAD DATU: Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) hari ini hari ini mengeluarkan senarai baharu lima suspek yang dikehendaki, susulan kejayaan

menumpaskan sel Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) tahun lalu.

Lima suspek terbaru yang disenaraikan itu adalah Ahadin Hussein, Ellam Sajirin @ Nasirin, Ismurah Jirah, Madjid Said @ Ammah Pattit dan Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan.

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Hamzah Ahmad, berkata tiga daripada suspek terbabit iaitu Ahadin, Ellam dan Ismurah disyaki berperanan sebagai penjaga tebusan (keepers) dan terbabit dalam kes penculikan di perairan Tambisan.

Beliau berkata, Madjid pula adalah ketua paling senior Daulah Islamiah (DI) Sulu Based dan berperanan sebagai komander ASG Sulu serta Sub Leader yang bakal menggantikan Hatib Hajan Sawadjaan.

“Suspek Mudzrimar iaitu anak saudara kepada Hatib Hajan Sawadjaan dan Sub Leader dalam ASG serta mempunyai kepakaran membuat bom.

“Malah, individu ini perancang letupan bagi insiden di ‘The Our Lady Of Mount Carmel Cathedral Jolo’ pada 27 Januari 2020 dan insiden lain di Jolo pada 24 Ogos 2020,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, individu yang masih kekal dalam seranai Wanted List (dikehendaki) adalah Salip Mura; Al Munjir Yadah; Ben Tatoh Quirino; Basaron Arok; Mujimar Sawadjaan; Rasad; Marajan @ Manajan Asiri; Jul Aksan Abdurajan @ Halimaw dan Jul @ Jun Hasan.

Selain itu, Barak Undog @ Alvin; Hamsan Pakkan @ Black Cobra; Sabri Madrasul @ Salip Jul; Hadji Wahad @ Talip; Tampi @ Bunju; Haibin Mubin @ Apo Kuhambo dan Sangbas Parisko.

Hamzah berkata, semua 20 individu, termasuk lima individu baharu itu adalah warga asing yang mempunyai hubungan dengan ASG, berada dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa bagi membantu siasatan dalam kes jenayah rentas sempadan dan Kidnap For Ransom (KFR) di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Sementara itu, beliau berkata, lima individu dikehendaki dalam senarai Wanted List Jun 2021 iaitu Apo Mike @ Majan Sahidjuan, Raden Abuh; Long Sahirin; Japs Sawadjaan @ Musafar Sawadjaan dan Halipa, ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Filipina di selatan negara berkenaan

“Sehubungan itu, lima individu terbabit dikeluarkan daripada senarai Wanted List,” katanya.

Beliau berkata, ESSCOM akan memperhebatkan operasi khas untuk membanteras elemen tidak diingini di ESSZONE, termasuk penceroboh yang mengganggu gugat keamanan serta keselamatan di kawasan ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai senarai individu dikehendaki terbabit boleh menghubungi Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau salurkan maklumat melalui aplikasi WhatsApp di talian 011-63311072. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *