Padah pusingan “U” haram
PENAMPANG: Walaupun telah diberi amaran namun masih ada lagi individu yang degil dan melakukan pusingan āUā haram yang merisikokan pengguna jalan raya yang lain.
Bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, telah mengadakan satu operasi bertempat di Lampu Isyarat Kg Tanaki, Jalan Papar Lama, tengahari tadi.
Op Pusingan āUā diketuai oleh Ketua BSPT IPD Penampang, Inspektor Jupri Usman dengan kekuatan seramai lima anggota trafik.
Hasil daripada operasi tersebut, lapan saman telah dikeluarkan kepada individu yang membuat pusingan āUā haram di kawasan tersebut dan satu saman juga turut dikeluarkan di atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.
BSPT IPD Penampang juga telah mengenalpasti beberapa lokasi yang dijadikan pusingan āUā haram di dalam Daerah Penampang dan Putatan.
Perbuatan ini bukan sahaja melanggar peraturan lalulintas malah ianya juga merisikokan pengguna jalan raya yang lain.
Oleh yang demikian, orang awam dinasihatkan supaya sentiasa patuh dengan peraturan lalulintas dan jadilah pengguna jalan raya yang bijak dan berhemah.