Kegiatan bom ikan berjaya dikesan Polis Marin

KUDAT, 29 Jun 2021: Pasukan Polis Marin berjaya menahan sebuah kapal nelayan dipercayai melakukan aktiviti mengebom ikan di perairan Big Bonanza Reef, 45 km barat laut Simpang Mengayau, Kudat pada jam 1.30 pagi kemarin.

ASP Ridzauddin Bin Selamat, Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Kudat berkata, semasa botronda PPM Kudat menjalankan rondaan dikawasan tersebut mendapati sebuah bot yang mencurigakan dan cuba melarikan diri ke kawasan cetek setelah menyedari kegiatan mereka dihidu oleh Polis Marin.

Walaubagaimanapun seorang juragan berumur 53 tahun beserta 5 krew lelaki dewasa berumur antara 19 hingga 32 tahun berjaya ditahan oleh polis Marin.

Hasil pemeriksaan dalam ruang kapal tersebut menemukan peralatan yang dipercayai digunakan untuk mengebom ikan diantaranya 9 botol minuman yang dipercayai mengandungi Ammonium Nitrat, 19 unit fius peledak, 1 karung berisi ammonium nitrat dan ikan pelbagai jenis seberat lebih kurang 10 kilogram juga turut dirampas.

Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM 87,415.00. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Pasukan Polis Marin sentiasa menggalakkan masyarakat persisir pantai untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di talian 0132831197 bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.

Sumber Berita: Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *