Hajiji: 4,400 peluang pekerjaan kepada rakyat di Paitan, Sabah

PAITAN: Ketua Menteri Sabah Haji Hajiji Haji Noor merasmikan pelancaran Ladang Kelapa Linaco Paitan yang akan memberi peluang pekerjaan dan menjana pendapat Negeri Sabah selari dengan hala tuju Sabah Maju Jaya.

“Kagum dengan satu lagi inisiatif pelaburan Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk memajukan industri berasaskan kelapa menjadi kenyataan

“Kerajaan Negeri memegang 30 peratus kepentingan dalam projek yang dibangunkan oleh Linaco Resources Sdn Bhd bernilai RM400 juta ini.

“Bukan itu sahaja, kita juga menyediakan 2,000 hektar tanah untuk projek ini yang dijangka akan menyumbang kira-kira RM1.2 bilion setahun kepada ekonomi Sabah dan akan mewujudkan 4,400 peluang pekerjaan menjelang 2026.

“Berita gembira ini pasti akan mengubah Paitan menerusi peluang pekerjaan kepada komuniti daerah ini dan komuniti berhampiran.Saya amat berpuas hati dan gembira dengan perkembangan terkini bagi kesemua projek pembangunan di Sabah.

“Ini adalah bukti kerja keras kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sejak setahun lalu yang mula membuahkan hasil untuk membawa kemakmuran kepada Sabah dan rakyat negeri ini,” kata Hajiji lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *