Berita Palsu Ibu Jual Anak, Bersatu Gesa Polis Siasat Ketua Pemuda PKR

KOTA KINABALU: Pemuda Bersatu Sabah mendesak polis mengambil tindakan terhadap Ketua Pemuda PKR Sabah Raymond Ahuar kerana didakwa menyebarkan maklumat palsu mengenai seorang ibu yang kononnya terpaksa menjual anak kerana dibelenggu masalah kewangan.

Timbalan Ketua Pemudanya Rafie Robert (gambar) berkata, Ahuar membuat dakwaan itu menerusi satu kenyataan akhbar semalam yang mendakwa ibu terbabit cuba menjual tiga anaknya sebelum diselamatkan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Keningau.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali menafikan kejadian itu dengan menegaskan penyebaran berita palsu mampu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat yang mungkin mencetuskan perkara tidak diingini.

Dalam kenyataannya pada Khamis Rafie berkata, Ahuar cuba mengeksploitasi โ€œkejadianโ€ yang kononnya berlaku itu untuk kepentingan politik peribadinya.

Menurutnya, Ahuar yang juga ketua PKR Pensiangan cuba menghasut rakyat terhadap kerajaan dengan mendakwa golongan menteri menikmati elaun lebih tinggi serta terus bermain politik tanpa mempedulikan kesengsaraan rakyat.

Selain itu katanya, Ahuar turut menuduh kerajaan gagal menjaga kebajikan rakyat.

Dalam kenyataannya semalam, Ahuar mendakwa tiga beradik itu menjadi mangsa pemerdagangan manusia oleh ibu sendiri kerana kesempitan hidup selepas pendapatannya terputus akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Bagaimanapun Ketua Polis Keningau Deputi Superitenden Shahrudin Mat Husain berkata, kes itu sebenarnya melibatkan pasangan suami isteri yang ditahan berkaitan kes dadah.

Katanya, suspek lelaki ditahan dan didakwa di mahkamah kerana memiliki dadah pada 22 Mei lalu manakala ibu kanak-kanak terlibat turut didapati positif methamphetamine pada 11 Jun.

Shahrudin berkata, ketika wanita itu ditangkap, dua anaknya berusia lima tahun dan tujuh bulan yang ada bersamanya diserahkan kepada JKM. Seorang lagi anak berusia tujuh tahun turut diserahkan kepada jabatan itu keesokannya.

Menurutnya, wanita itu mengutip derma daripada orang awam untuk membayar ikat jamin mahkamah suaminya.

Berikutan itu Rafie berkata, pihak berkuasa tidak patut membiarkan Ahuar terlepas daripada menyebarkan berita palsu, malah menambah ia menyebabkan rasa tidak senang dalam kalangan orang ramai. โ€“ FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *