5 PATI ditahan memasuki Tawau melalui jalan tikus

TAWAU, 28 JULAI 2021: Lima Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berjaya ditahan selepas didapati cuba menyeludup masuk ke perairan Pantai Timur Sabah melalui jalan tikus, ahad lepas.

Komander ESSCOM Datuk Ahmad Fuad Othman dalam kenyataan berkata, kesemua mereka ditahan semasa OP Cegah Pati (OCP) Daratan ESSCOM di Jambatan 2, kampung Kurnia Jaya Batu-4 Jalan Apas, Tawau.

Kesemua PATI tersebut terdiri dari seorang lelaki dewasa, dua perempuan dewasa dan dua kanak-kanak lelaki disyaki baru tiba dari negara jiran.Kesemua mereka yang berumur antara 10 hingga 40-tahun itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Sementara itu, Datuk Ahmad Fuad berkata, ESSCOM akan sentiasa mengatur gerak operasi keselamatan di kawasan daratan dan laut bagi mencegah dan membanteras aktiviti penyeludupan migran serta kemasukan PATI selain memantau pergerakan kegiatan militan yang dilihat menjadi ancaman keselamatan kepada negeri ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *