PATI dari Indonesia dihalau
TAWAU, 24 Disember 2021: Pasukan Polis Marin Tawau berjaya menghalang cubaan sebuah Bot tempatan membawa masuk Warga Indonesia ke perairan negara di kawasan laut Sungai Melayu, Pulau Sebatik, Tawau.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Tawau, DSP Ridzauddin Bin Selamat mengesahkan PPM Tawau telah berjaya menahan sebuah Bot yang dijuragani oleh seorang lelaki warganegara tempatan yang membawa tiga orang penumpang berumur antara 35 tahun hingga 42 tahun yang terdiri daripada dua orang lelaki dewasa dan seorang orang wanita dewasa, kesemua penumpang adalah Warganegara Indonesia.
Juragan Bot dan kesemua penumpang telah diberi penerangan berkaitan pematuhan SOP COVID-19 sepertimana yang ditetapkan dalam Perintah Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1998.
Bot yang membawa tiga orang penumpang tersebut telah diiring keluar dari perairan negara dan diarahkan supaya tidak kembali semula ke negara ini bagi mengekang penularan wabak penyakit COVID-19.
Pasukan Polis Marin Tawau terus komited dalam menjalankan tanggungjawab menguatkuasakan kawalan pergerakan di kawasan perairan negara khususnya Tawau bagi mengekang penularan wabak penyakit pandemik Covid-19 dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membolosi persempadanan negara.” tambahnya lagi.
Dalam kes yang berasingan, pada 21 Disember 2021 Unit Risikan Marin (URM) MO PPM Tawau yang menjalankan tugas Risikan Op Benteng / Op Gelora Khas telah berjaya menahan dan mengusir 13 Warganegara Indonesia yang cuba memasuki Perairan Malaysia terdiri daripada lima lelaki & lapan perempuan di lokasi yang sama.
Pasukan Polis Marin menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat dalam mengekang jenayah terutamanya jenayah rentas sempadan melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wil.4 Sabah di nombor ‘013-9391197’ atau berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian ‘089-983628’ bagi memastikan kesalahan-kesalahan yang melanggari undang-undang negara dapat dibendung seterusnya mengekalkan keamanan dan keselamatan.