Abai isyarat lalulintas : Sembilan individu disaman buat pusingan ‘U’ haram

PENAMPANG: Sembilan individu dikenakan saman apabila didapati bersalah mengabaikan peraturan lalulintas dengan membuat pusingan ‘U’ haram.

Kesemua individu tersebut juga ingkar dan mengelak daripada pusingan ‘U’ yang telah ditutup di Jalan Penampang Bypass, di sini, petang semalam.

Operasi kali ini diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang, Inspektor Jupri Usman dengan kekuatan lima anggota polis.

Op Abai Lalulintas ini merupakan operasi yang dijalankan bagi membanteras pengguna-pengguna jalan raya yang masih degil dan melanggar peraturan-peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.

Polis Daerah Penampang akan sentiasa komited dalam memburu pesalah-pesalah jalan raya dan tindakan undang-undang bakal dikenakan kepada individu yang masih ingkar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.