Laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Harian

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 315 menjadikan jumlah kumulatif 61,586 orang. Seramai 1,776 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 524 orang di hospital dan 1,252 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 97 orang dan 34 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada pertambahan zon merah direkodkan hari ini.

ℹ Analisa Kes COVID-19 Di Sabah

Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 14 kes iaitu daripada 336 kes semalam (07 Jun 2021) kepada 350 kes (08 Jun 2021).

Daripada 350 kes jangkitan baharu hari ini, 135 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 166 kes adalah daripada saringan kluster, 37 kes adalah daripada saringan bergejala dan 12 kes adalah daripada lain-lain kes.

Terdapat 10 daerah yang mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan enam (6) daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala em pat (4) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Kota Kinabalu 161 kes (+130), Penampang 22 kes (+12), Putatan 19 kes (+11) dan Lahad Datu 25 kes (+10). Daerah Kuala Penyu kekal catatan kes baharu sebagaimana hari kelmarin iaitu dengan dua (2) kes.

Waiau bagaimana pun, 11 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Lima (5) daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka manakala enam (6) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu Tawau (-60), Papar (-28), Sandakan (-21 ), Kinabatangan (-21 ), Kalabakan (-18) dan Telupid (-12).

Pada hari ini, tujuh (7) daerah mencatatkan sitar (0) kes iaitu Beluran, Telupid, Tongod, Pitas, Kota Marudu, Ranau, Tenom dan Tambunan.

Peningkatan kes secara major disumbang oleh Daerah Kota Kinabalu dengan pertambahan 130 kes (161 kes). Namun, berlaku juga trend penurunan secara major di enam (6) buah daerah lain iaitu Tawau, Papar, Sandakan, Kinabatangan, Kalabakan dan Telupid di mana kumulatif penurunan adalah sebanyak -160 kes. Perubahan angka adalah tidak statik bagi setiap daerah kecuali di dua (2) daerah hijau. Trend peningkatan signifikan kepada kebarangkalian berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan.

Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Terdapat lima (5) kluster baharu direkodkan hari ini.

Kluster Ocean Blue - Kota Kinabalu merupakan kluster jenis tempat kerja melibatkan kru kapal di Kota Kinabalu. Kluster ini dikesan semasa saringan prosedur terhadap 185 kru kapal yang baru tiba dari Perak pada 06 Jun 2021. Kes indeks adalah kru kapal, lelaki, 29, mula bergejala pada 03 Jun 2021 kemudian didapati positif sejurus tiba di pangkalan dan telah dimasukkan ke PKRC untuk rawatan lanjut. Pada 07 Jun 2021, keputusan saringan seumpama menunjukkan 98 lagi kru kapal dikesan positif COVID-19, manakala 86 kru masih menunggu keputusan. Berdasarkan siasatan awal, semua kru disahkan negatif dalam saringan pada 28 Mei 2021 di Perak sebelum memulakan pelayaran ke Sabah pada 01 Mei 2021. Aktiviti mengenal pasti punca jangkitan masih dijalankan.

Kluster Segara - Kota Kinabalu melibatkan penularan jangkitan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Pelantar Kinabalu Non Associated Gas (KNNAG). Kluster ini Kes indeks merupakan lelaki, 40, juruteknik elektrik di pelantar berkenaan disahkan positif RTK-Ag hasil saringan bergejala di Hospital KPJ pada 02 Jun 2021 dan telah dimasukkan ke PKRC untuk rawatan lanjut. Daripada 141 sampel yang diambil, 10 kes dikesan positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 11 kes, sementara 110 sampel negatif dan 20 lagi sedang menunggu keputusan ujian saringan.

Kluster Coral - Kota Kinabalu melibatkan penularan jangkitan yang berlaku di tempat kerja iaitu Pelantar Samarang. Kes indeks merupakan tukang masak lelaki, 34, dikesan positif namun tidak mempunyai sebarang gejala dalam saringan prosedur sign off kapal pada 02 Jun 2021. Saringan kontak rapat segera dijalankan dengan mengambil 283 sampel daripada keseluruhan kru pelantar. Hasil ujian saringan mengesan lapan (8) lagi kes positif, manakala 274 sampel didapati negatif.

Kluster Tanjung Aru Baru - Kota Kinabalu melibatkan komuniti di Kg Tanjung Aru Baru. Pertambahan kes dalam kluster ini adalah hasil dari saringan kontak rapat dan saringan bersasar setelah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 04 Jun 2021. Kes indeks adalah warganegara Filipina, 44, yang disahkan positif melalui saringan bergejala di Klinik Kesihatan Putatan pada 25 Mei 2021 dan telah dimasukkan ke PKRC untuk rawatan lanjut. Daripada 213 sampel keseluruhan yang telah diambil, 30 kes (Kota Kinabalu sahaja) dikesan positif termasuk 20 kes baharu pada hari ini, sementara 83 sampel lagi didapati negatif dan 100 lagi sedang menunggu keputusan ujian saringan.

Kluster Kg Bundu - Kuala Penyu melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti di beberapa lokaliti iaitu Kg Bundu Batu 4, Kg Bundu Batu 3, Kg Tenambak, Kg Sg Labuan, Pekan Kuala Penyu dan Kg Kitang. Kes indeks merupakan lelaki, 45, dikesan positif pada 24 Mei 2021 hasil saringan kontak kepada anaknya yang merupakan saringan bergejala. Bagaimanapun, kes indeks bergejala lebih awal berbanding anaknya. Ujian saringan RTK-Ag kes indeks disahkan positif dengan grading 100% pada 24 Mei 2021 dan RT-PCR juga positif dengan CtValue - 29.82 (lebih tinggi berbanding kontak yang disaring pada hari yang sama) pada 26 Mei 2021. Pengesanan kontak mendapati 38 kes lagi positif COVID-19 dalam kalangan rakan sosial dan ahli keluarga. Setakat hari ini, jumlah kumulatif ialah 39 kes termasuk dua (2) kes baharu. Berdasarkan maklumat awal, penularan kluster ini disumbang oleh aktiviti sosial di pusat hiburan yang kemudian menjangkiti ahli keluarga. Aktiviti kawalan dan mengenal pasti punca jangkitan masih dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *