“Skybridge” KK dirasmikan

KOTA KINABALU : Pembinaan Projek “Skybridge” telah dimulakan pada 1 April 2017 dan dijadualkan siap dalam tempoh 6 bulan (30 Sept. 2017) telah tertangguh sejak tahun 2018.

Awal tahun ini, Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah membuat lawatan ke tapak projek dan mengarahkan permasalahan ditangani segera serta meluluskan tambahan peruntukan melalui Kerajaan Negeri sekali gus mengarahkan projek disiapkan segera untuk kemudahan awam.

Projek ‘Skybridge’ sepanjang 400 meter ini terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Raya Kota Kinabalu yang menghubungkan Api-Api Centre, Warisan Square, Water Front, Oceanus dan Asia City.

Projek pembangunan yang dinanti-nantikan masyarakat Sabah ini dijangka akan meningkatkan aktiviti komersial di bandar raya Kota Kinabalu sekali gus membantu merancakkan lagi sektor ekonomi.

Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Sabah dan turut dihadiri oleh YB Datuk Abidin Madingkir, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Pengerusi POIC Sabah Sdn Bhd dan Puan Noorliza Awang Alip, Mayor Bandar Raya Kota Kinabalu. Pembukaan ‘Skybridge’ ini diharap mampu memberi kemudahan untuk menjamin keselamatan dan keselesaan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *