IPD Kota Belud pantau kawasan PKPD guna “Dron”

KOTA KINABALU, 22 JUN 2021: Pemantauan udara dengan menggunakan “DRON” di lokasi cadangan PKPD oleh Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Kota Belud di kawasan Kg Ejuk yang akan bermula pada 23/06/2021, jelas dalam satu kenyataan media IPD Kota Belud.

“Pemantauan dilokasi bertujuan mengenalpasti dengan jelas laluan-laluan yang boleh di lalui dalam kawasan sempadan apabila lokasi ini diadakan PKPD. Penutupan akan dibuat pada laluan- laluan tersebut.

“Pemantauan udara dengan “Dron” di sekitar lokasi PKPD Kg Taun Gusi Peninting dan “Hebahan PKPD” telah dibuat menggunakan pembesar suara yang terpasang pada dron di lokasi. Pemantauan udara di lokasi mendapati pergerakan penduduk di kawasan tersebut kurang dan pematuhan adalah sangat baik.

“Pemantauan udara dengan “Dron” di sekitar lokasi PKRC Kg Pirasan dibuat kerana telah terima aduan daripada KKM berkenaan pergerakan pesakit “Hiking” di bukit berhampiran lokasi mereka dikuarantin/rawatan. Hasil pemantauan udara dapati tiada pergerakan di lokasi-lokasi yang dimaksudkan.

“Secara keseluruhannya, pemantauan udara “Dron” berjalan dengan sangat lancar dan sangat berkesan digunakan dalam membantu penugasan di lokasi.

LOKASI PEMANTAUAN

i. Kg Ejuk, PKPD akan dilaksanakan bermula 23/06/2021 @ 0800Hrs_• Keluasan Kg – 0.15 Km Persegi• Jumlah Penduduk – 331 Org• Jumlah Kes – 8 Kes

ii. PKPD kg Taun Gusi Peninting• Keluasan Kg – 0.29 Km Persegi• Jumlah Penduduk – 612 Org• Jumlah Kes – 8 Kes

iii. PKRC Kg Pirasan• Positif – 388 Orang• PUI/HSO – 18 Orang▪️Jumlah Keseluruhan pesakit : 406 Orang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *