Hajiji bersama Isteri Selamat Mengerjakan Ibadah Umrah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri Datin Seri Juliah Salag tiba di Kota Kinabalu hari ini, setelah melaksanakan ibadah umrah dan ziarah.

Beliau selamat kembali ke tanah air semalam (Selasa). Bersama-sama Hajiji mengerjakan ibadah umrah ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri  Safar Untong.

Menyambut ketibaan Hajiji di Terminat Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M.Yahya, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr. Mohd.Arifin Mohd.Arif, Pembantu Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan. -SNT

Leave a Reply

Your email address will not be published.